Satu perkongsian menarik sebagai pelukis pelan melalui pengalaman bekerja sambil belajar dalam bidang teknikal tanpa memiliki sijil kemahiran dari mana-mana institusi teknikal. Skil membuat pelan dari perisian autocad berkembang seiring dengan pengalaman bekerja.
Khamis, 12 Mac 2020
Ahad, 23 Februari 2020
SURAU COMEL, UNIK DAN CANTIK
![]() |
| Pandangan dari luar |
![]() |
| Pandangan dari dalam di bahagian Mehrab |
![]() |
| Pandangan dari luar bahagian Mehrab |
![]() |
| Beranda bahagian hadapan surau |
![]() |
| Bahagian Kanan Surau |
![]() |
| Rangka Kubah |
![]() |
| Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan |
![]() |
| Sebelum kubah dinaikkan kita bergambar dulu Dari Ki4i Diana (Unit Kewangan), Inarz (empunya Blog), Juriffah (Konyraktor Majpura Enterprise) dan Pn Linda (Penyelia Projek) |
![]() |
| Ruang solat lelaki dan wanita dipisahkan oleh penghadamg dari ukiran kayu |
![]() |
| Sedang menyaksikan kren menaikkan kubah ditempatnya |
![]() |
| Pelan Pandangan Kanan |
![]() |
| Pandangan dari jalan arah ke Tampin |
![]() |
| Pandangan waktu malam |
![]() |
| Dalam pembinaan |
![]() |
| Bahagian Hadapan dalam pembinaan |
![]() |
| Bahagian Kanan dalam pembinaan |
![]() |
| Perbincangan di tapak |
![]() |
| Sedang dalam pembinaan |
![]() |
| Penyediaan tembok Tanda Nama Surau |
![]() |
| Persiapan bagi pemasangab kubah |
![]() |
| Pembekal sedang memasang kubah |
![]() |
| 'Granite wall' bagi penyediaan Tanda Nama Surau |
![]() |
| Kerja-kerja pendawaian elektrik sedang dijalankan |
![]() | |
|
![]() |
| Almari untuk simpan telekung, sejadah dan Al-Quran |
![]() |
| Semasa pemasangan karpet |
![]() |
| Bahagian luar mehrab |
![]() |
| Bahagian kaki lima surau |
![]() |
| Tempat wuduk muslimah |
![]() |
| Penyerahan Kunci Surau daripada Pejabat Daerah Rembau kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan seterusnya diserahkan krpada Pengeusi Surau Tanjung sena Hilir, Rembau. |
Sabtu, 8 Februari 2020
PELAN RUMAH 2 DAN 3 BILIK - Simple plan
Alhamdulillah... Selesai 6 pelan cadangan rumah 3 bilik dan 2 bilik untuk member sepejabat.
Member ni kata dia nak Balik Kelantan selepas lebih 10 tahun bekerja di Negeri Sembilan akhirnya dia dapat peluanh bertukar ke Pasir Mas. Kampung dia pulak tu. Rezeki dia dapat balik kampung.
Jadi dia jumpalah saya nak minta tolong buatkan 2 pelan untuk 2 buah rumah 3 atau 2 bilik yg simple2 je katanya. Katanya 1 nak buat rumah sewa 1 lagi dia nak duduk bila dah balik sana nanti sementara tunggu rumah yang dia beli siap sepenuhnya. Jadi bila dia dah pindah rumah baru, rumah tu dia nak buat homestaylah... Boleh lah jana pendapatan nanti. Saya buat lah tak sampai 1 hari siap pelan2 rumah tu.. Curi2 masa waktu rehat...Kata simple... Mudahlah bg yang ada kemahiran ni. Yes.. ini kemahiran saya dan saya percaya ramai yang seangkatan saya dalam bidang ni boleh buat pelan ni dalam 1 hari atau setengah hari. Setuju kan.
Bagi saya kemahiran atau bakat yg Allah beri ni harus kita guna sepenuhnya untuk kerja kita dan bantu orang sebab tak semua org ada kemahiran macam yang kita ada. Kongsilah... Dah kelebihan kita kat sini.
Baiklah dalam apa bidang pun.. Punca rezeki kita sebab kemahiran ni dan seharusnyalah ada kerja yg kita buat dengan ikhlas dan senang hati tanpa apa2 bayaran pun.. Ini sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaNya kepada kita. Niatkan sedekah atau wakafkan ilmu yang kita ada ni untuk diri kita dan keluarga. Moga mendapat Rahmat dan keberkatanNya.
Atas dasar kawan dan biasanya saya awal2 dah niat membantu, sebab kalau daya niat macam tu.. Saya x kisah pun pasal bayaran... Hahaha... Jobo lak kan... Tau sebab aoa.. Rezeki saya dan awak Allah yang pegang.. Bukan kawan pun saya awal2 niatkan begitu supaya saya tidak mengharapkan apa2.. Jujur saya cakap.. Saya suka orang minta saya lukiskan apa je pelan... Lebih tepat saya teruja sangat nak designkan.... Sangat teruja x sabar nak lukis. Saya je ke macam ni atau ada org macam saya.. Mungkin ada kot yg sebidang lah... Jika ianya berpahala...saya niatkan untuk sedekahkan pahala ilmu dan kemahiran ini untuk diri saya suami dan anak2 juga untuk arwah ibu, abah dan arwah abang serta kepada muslimin dan muslimat.
Tapi...hahaha.. Dalam kes ni, kawan saya ni janji kalau saya datang Pasir Mas saya boleh duduk homestay ni nanti dengan FOC je. Ini namanya rezeki.. Belum buat ganjaran dah menunggu. Moga ada rezeki dia nak buat rumah2 ni kan. Walaupun saya tak tau bila kalanya saya akan sampai lagi kat Negeri Cik Siti Wan Kembang tu kan...
Apa2 pun saya doakan kawan saya ni akan dipermudahkan segala urusan pertukaran bersama isterinya nanti dan sentiasa ceria serta bahagia bersama isteri dan anak2 hingga ke Syurga. Aaminn...
Sekian, terima kasih.
Inarz.
#sayapelukispelan biasa2
8 Feb. 2020
12.15 tghr.
Khamis, 8 Ogos 2019
Logo dilukis Semula Guna Autocad
Logo JATA Kerajaan Persekutuan ni saya lukis semula pada tahun 1997. Saya ambil masa 2 hari nak siapkan Masa tu x canggih mcm sekarang. Internet pun belum meluas lg. Syarikat pula br 1st time dpt projek kerajaan masa tu kan kena lah masukkan logo Jata ni dlm pelan. Masa tu sy memang ditugaskan untuk melukis semula semua logo2 Jabatan lain dan PBT. Sampai skang sy masoh guna logo yg dilukis semula sbb bila print keluar dia nampak cantik dari yg kita cnp dr web.
Sabtu, 3 Ogos 2019
PELAN PERLU PENELITIAN PENUH
PETA REMBAU
Saya bukan anak Rembau tapi saya bertugas di Rembau. Inilah tanggungjawab saya untuk Daerah Rembau. Jadi saya perlu buat sesuatu. Maka terhasillah Peta Rembau yang sebegini rupa.
Sebagai makluman, Peta seperti ini yg sangat 'colourfull' ni hanya ada di Bahagian Pembangunan Fizikal Pejabat Daerah dan Tanah Rembau sahaja. Setiap warna mewakili 17 mukim yang ada di Daerah Rembau. Saya sengaja buat begitu untuk memudahkan orang ramai mengenalpasti sempadan mukim di dalam pelan. Jadi mereka yang tidak pandai baca pelan boleh cepat faham dengan mudah. Idea ini tercetus semasa saya sedang melukis garis-garis sempadan mukim. Kalau saya asingkan ikut warna lagi mudah orang nak faham. Memandangkan perisian masa tu tidak canggih macam sekarang ni, saya buat dengan penuh kesabaran dan teliti sampai saya berpuashati dengan apa yang saya lukis. Saya kira semua fikiran pelukis pelan macam saya kot. Rasanyalah...
Peta Rembau ini saya lukis masuk ke dalam Autocad LT 2005 pada tahun 2005 tanpa 'scale' menggunakan teknik salin peta sedia ada tukar kepada jpeg dan masukkan ke dalam autocad kemudian lukis mengikut garisan peta dengan segala perincian jalan, landasan keretapi, sungai, nama tempat dan nama kampung termasuk sempadsn mukim dan daerah serta sempadan negeri.

Kalau secara manual teknik tekap peta atau teris. Idea melukis semula peta Rembau ini tercetus apabila saya dapati ramai yang memohon peta rembau sebagai dokumen panduan awal dalam aktiviti mereka seperti dari Jabatan-jabatan kerajaan, Ketua Kampung, pelajar universiti, pelajar sekolah dan lain-lain agensi. Peta Rembau yang ada dalam simpanan adalah tracing bersaiz A2, A1 dan AO yang telah dilukis secara manual oleh pelukis pelan sebelum saya. Pada masa itu mesin fotostate agak terhad. Apabila permohonan pembelian perisian autocad diluluskan perkara pertama yg perlu saya lakukan adalah melukis semula semua pelan-pelan sediada termasuklah Peta Rembau ini ke dalam perisian Autucad bagi memudahkan saya memberi perkhidmatan yg lebih baik dan cepat untuk pelanggan. Saya ambil masa seminggu juga bagi melukis setiap inci peta ini. Hanya 5 minit masa yang digunakan bagi mengeluarkan peta ini berbanding 30 minit sebelum ini.
Alhamdulillah peta ini telah diguna pakai bagi memudahkan orang ramai sebagai panduan untuk mengetahui kedudukan tempat di Seluruh Rembau seperti mukim dan sempadan negeri. Apa-apa pun Peta Rembau ini adalah satu pelan yg agak sukar untuk dilukis walaupun menggunakan teknik teris dalam autocad kerana terlalu banyak perincian yg perlu diteliti dengan mata kasar seperti jajaran sungai dan jalan.
Walaupun Peta ini bukanlah seperti yang dihasilkan oleh Jabatan Ukur namun ianya telah banyak memudahkan saya bekerja dalam menyampaikn maklumat kepada orang ramai. Ini usaha saya untuk memudahkan urusan semasa bekerja dan saya fikir pengambilan saya ke Perkhidmatan Awam ini bukan semata-mata hanya untuk memberi saya pekerjaan atas pengalaman saya tetapi saya ada tugas lebih besar dari kebiasaan semasa di syarikat swasta dan saya perlu buat sesuatu melalui kemahiran ini untuk memudahkan jabatan dan orang ramai.

Sekian.
Inarz
Langgan:
Catatan (Atom)