Halaman

Sabtu, 3 Ogos 2019

PELAN PERLU PENELITIAN PENUH



PETA REMBAU

Saya bukan anak Rembau tapi saya bertugas di Rembau. Inilah tanggungjawab saya untuk Daerah Rembau. Jadi saya perlu buat sesuatu. Maka terhasillah Peta Rembau yang sebegini rupa.

Sebagai makluman, Peta seperti ini yg sangat 'colourfull' ni hanya ada di Bahagian Pembangunan Fizikal Pejabat Daerah dan Tanah Rembau sahaja. Setiap warna mewakili 17 mukim yang ada di Daerah Rembau. Saya sengaja buat begitu untuk memudahkan orang ramai mengenalpasti sempadan mukim di dalam pelan. Jadi mereka yang tidak pandai baca pelan boleh cepat faham dengan mudah. Idea ini tercetus semasa saya sedang melukis garis-garis sempadan mukim. Kalau saya asingkan ikut warna lagi mudah orang nak faham. Memandangkan perisian masa tu tidak canggih macam sekarang ni, saya buat dengan penuh kesabaran dan teliti sampai saya berpuashati dengan apa yang saya lukis. Saya kira semua fikiran pelukis pelan macam saya kot. Rasanyalah...

Peta Rembau ini saya lukis masuk ke dalam Autocad LT 2005 pada tahun 2005 tanpa 'scale' menggunakan teknik salin peta sedia ada tukar kepada jpeg dan masukkan ke dalam autocad kemudian lukis mengikut garisan peta dengan segala perincian jalan, landasan keretapi, sungai, nama tempat dan nama kampung termasuk sempadsn mukim dan daerah serta sempadan negeri. 

Kalau secara manual teknik tekap peta atau teris. Idea melukis semula peta Rembau ini tercetus apabila saya dapati ramai yang memohon peta rembau sebagai dokumen panduan awal dalam aktiviti mereka seperti  dari Jabatan-jabatan kerajaan, Ketua Kampung, pelajar universiti, pelajar sekolah dan lain-lain agensi.  Peta Rembau yang ada dalam simpanan adalah tracing bersaiz A2, A1 dan AO yang telah dilukis secara manual oleh pelukis pelan sebelum saya. Pada masa itu mesin fotostate agak terhad. Apabila permohonan pembelian perisian autocad diluluskan perkara pertama yg perlu saya lakukan adalah melukis semula semua pelan-pelan sediada termasuklah Peta Rembau ini ke dalam perisian Autucad bagi memudahkan saya memberi perkhidmatan yg lebih baik dan cepat untuk pelanggan. Saya ambil masa seminggu juga bagi melukis setiap inci peta ini. Hanya 5 minit masa yang digunakan bagi mengeluarkan peta ini berbanding 30 minit sebelum ini. 

Alhamdulillah peta ini telah diguna pakai bagi memudahkan orang ramai sebagai panduan untuk mengetahui kedudukan tempat di Seluruh Rembau seperti mukim dan sempadan negeri. Apa-apa pun Peta Rembau ini adalah satu pelan yg agak sukar untuk dilukis walaupun menggunakan teknik teris dalam autocad kerana terlalu banyak perincian yg perlu diteliti dengan mata kasar seperti jajaran sungai dan jalan.



Walaupun Peta ini bukanlah seperti yang dihasilkan oleh Jabatan Ukur namun ianya telah banyak memudahkan saya bekerja dalam menyampaikn maklumat kepada orang ramai. Ini usaha saya untuk memudahkan urusan semasa bekerja dan saya fikir pengambilan saya ke Perkhidmatan Awam ini bukan semata-mata hanya untuk memberi saya pekerjaan atas pengalaman saya tetapi saya ada tugas lebih besar dari kebiasaan semasa di syarikat swasta dan saya perlu buat sesuatu melalui kemahiran ini untuk memudahkan jabatan dan orang ramai.

Sekian.

Inarz

1 ulasan: