Halaman

Ahad, 28 Julai 2019

Pelukis Pelan berpengalaman Tanpa Sijil Kemahiran

Salam sejahtera,

Nama saya di atas pelan adalah Inarz. Asalnya saya dilamar menjadi pelatih pelukis pelan di salah satu syarikat perunding kejuruteraan awam pada tahun 1994 setelah tamat kontrak selama 2 tahun menjadi guru sandaran beredar.

Menariknya ketika itu saya tiada langsung kelayakan dalam bidang teknikal kerana saya bersekolah dalam aliran Agama yang layaknya untuk kerjaya seorang ustazah.  Malah saya tidak pernah tau apa itu pelukis pelan. Saya tidak pernah impikan kerjaya seperti ini dalam hidup saya. Ye, saya bermula dengan zero dalam bidang ini hanya berbekalkan SPM gred 1 dan salah satunya kepujian dalam Lukisan. Saya tidak melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi kerana niat saya hanya ingin bantu abah selepas saya habis SPM. Itu memang niat utama saya. Saya tanam dalam-dalam niat untuk belajar lagi mungkin nanti saya akan sambung belajar pada masa akan datang. Moga perkongsian saya nanti dapat memberi semangat baru kepada semua yang berbakat dalam bidang kemahiran.

Kerjaya ini bukan pilihan saya tetapi ianya adalah takdir saya. Allah yang pegang hati manusia maka saya diberi kepercayaan oleh seorang pengarah urusan yang tidak pernah kenal siapa saya tiba-tiba menawarkan saya masuk dalam bidang ini dan memberi peluang kepada saya untuk pelajari bidang teknikal. Rezeki bagai bulan jatuh ke riba tanpa perlu saya bersusah payah mencari pekerjaan dan peluang belajar dalam bidang lain. Atas niat yang tekad saya cabar diri dan berusaha dalam bidang yg sungguh asing bagi saya sehingga saya berada dalam bidang ini menjangkau hampit 25 tahun..

Rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Asalnya saya hanya menemankan seorang rakan yang ingin pergi ke temuduga jawatan kerani. Tetapi sebaik sahaja rakan saya seleaai ditemuduga tiba-tiba rakan saya mengatakan bahawa penemuduga ingin bercakap dengan saya. Dengan perasaan pelik saya masuk ke bilik temuduga. Kenapa ye tuan nak jumpa saya Saya kata saya x mohon apa-apa jawatan pun tuan saya hanya temankan kawan saya je. Penemuduga tersebut juga pengarah urusan syarikat perunding kejuruteraan awam. Dia cuma tanya saya SPM ambil lukisan tak. Saya kata ye saya ambil. Dia tanya dapat berapa. Saya kata 3. Dia terus cakap kalau saya tawarkan awak jadi Pelatih Pelukis Pelan di syarikat ini awak nak tak. Saya sangat-sangat terkejut. Saya tanya balik Pelukis Pelan tu apa. Dia terangkan secara ringkas kepada saya. Saya cuma kata saya sekolah di Sekolah Agama jadi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris saya tidak berapa bagus kerana subjek Pengetahuan Agama Islam dan Bahasa Arab lebih utama di Sekolah Agama. Dia kata tak pe janji pandai kira dan faham sikit perkataan dalam Bahasa Inggeris sudah cukup. Nanti dia ajar saya apa itu pelukis pelan. Masa tu saya terus bersetuju sebab saya diberi peluang 3 bulan untuk belajar bidang teknikal dan melukis pelan. Kalau saya berjaya saya akan terus dilantik sebagai Pelukis Pelan dan percubaan 3 bulan lagi seterusnya ke jawatan tetap. 

Alhamdulillah.. Saya berjaya melalui berbagai cabaran.. Jerih payahnya bekerja sambil belajar di syarikat tersebut. Dalam tempoh 3 bulan saya dapat menguasai banyak perkara dalam bidang teknikal.  1995 bulan Julai saya dilantik ke jawatan tetap sebagai Pelukis Pelan dan melukis secara manual. Selepas 2 tahun saya mencuba nasib pula di syarikat lain kemudian dilamar pula oleh syarikat lain dengan tawaran gaji yg lebih tinggi dan berpeluang belajar melukis pelan menggunakan Perisian Autocad.

Pengalaman saya mula-mula ingin pelajari perisian Autocad amat getir saya rasa sebab saya bukan dihantar secara formal untuk belajar. Saya hanya diberi tempoh selama 2 minggu untuk menguasai semua perkara yang berkaitan melukis dalam Autocad dari rakan-rakan yang telah sedia mempunyai sijil kemahiran dari institusi awam. Saya terpaksa cekalkan hati belajar dari rakan-rakan yang sudah sedia sibuk dengan kerja masing-masing. Berkat doa Emak dan abah di kampung, saya berjaya melalui semuanya walaupun payah. Atas tekad dan usaha tanpa henti juga tidak dinafikan bakat dan minat mengiringi akhirnya saya dapat menguasai semua teknik melukis pelan menggunakan Perisian Autocad dalam masa sebulan sahaja dan saya berjaya menyiapkan pelan sebuah rumah banglo. Dari situ kemahiran saya dalam Autocad makin berkembang dengan cukup baik.

Setelah puas menimba ilmu dalam bidang teknikal dari Pelukis Pelan biasa sehingga ke jawatan Penolong Jurutera di syarikat swasta dan beralih ke jawatan Setiausaha. Saya dapat berbangga dengan kerjaya ini walaupun hanya berbekalkan sijil SPM, Atas pengalaman dan kemahiran secara bekerja sambil belajar, saya  telah ditawarkan dengan gaji yang lebih tinggi dan lumayan. Niat saya ingin membantu abah di kampung memang telah dapat saya tunaikan.

Kini sudah 15 tahun saya meninggalkan syarikat swasta Kerana pada Februati 2004 rezeki saya ditawarkan menjawat jawatan Pelukis Pelan di salah sebuah Jabatan Kerajaan. Walaupun saya tidsk mempelajari teori dalam bidang ini namun pengalaman sangat penting dalam membentuk seseorang untuk menguasai sesuatu bidang kerjaya yang tidak pernah diimpikan. Satukan dengan niat pasti kita akan peroleh apa yg kita perlu dalam hidup walaupun yang bukan yang kita kehendaki. Malah yang kita perlu itulah yang boleh membawa kita ke arah yang lebih baik. Syukur Alhamdulillah... Rezeki dariNya jua.

Dalam catatan yang lain saya akan kongsiksn beberapa pelan yg saya sukai untuk tatapan anda. Mungkin juga jika perlu saya akan tunjukkan asas cara menguasai kemahiran Autocad.


Saya Pelukis Pelan tanpa Sijil Kemahiran

Inarz
Julai 2019

27 ulasan:

  1. Rezki anugerah dari Allah...berkat doa dan usaha yg tk penah putus..inilah hasilnya...tahniah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum, boleh Inarz ceritakan serba sedikit mengenai tugas pelukis pelan, tugas2 asas dan apa kelebihan bekerja sebagai pelukis pelan ini. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam... Tugas pelujis pelan ni adalah melukis apa2 sahaja yg berkaitan dwngan teknikal atau pun tidak teknikal.. Contoh rumah bangunan bertingkat mall ke apa2 je lah.. Janji awak ada kemahiran melukis pelan secara manual atau guna perisian auticad. Nak lukis bunga dari autocad pun boleh klu dah mahir...

      Kelebihan...hmm..1 awak ada kemahiran yg ramai org lain x de.. Lagi bagus klu awak ada sijil kemudian awak ambil lesen pelukis pelan. Maknanya bertauliah sebagai pelukis pelan profesional mengikut undang2 Malaysia untuk melukis pelan, awak boleh dapat income lebih dari bekerja dengan org...tapi kena ada kemahiran. Kemahuran ni x boleh dapat mana2 kecuali awak minat baru kemahiran tu dtg. Bakat tu akan datang bila kemahiran tu awak dapat kuasai dgn baik dan bersungguh.

      Padam
  4. Boleh Cik Inarz ceritakan lebih lanjut renting AutoCAD Dan lesen pelukis pelan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Renting sebagai pelukis pelan ni agak tinggi sbb kemahiran melukis pelan teknikal menggunakan software Autocad atau apa saje yg berkaitan dgn kemahiran begini ni memang dicari2 org dlm bidang teknikal... Malah lebih mahal gajinya kalau tau pasal lukisan kejuruteraan... Autocad masih diguna pakai sbb autocad boleh beri ukuran terperinci yg enggineer mahukan... Bila ada lesen pelukis pelan berdaftar... Boleh demand upah... Mcm saya ni dah selesa dlm govement slps penat bekerja di sektor swasta.. Dan saya x bercita2 untuk ambil lesen.. Lps pencen sy nak relaks.. Hehehe.

      Padam
  5. Saya pernah mengambil LK SPM 2012 sebab memang minat dengan lukisan. Tapi saya tak sambung belajar lukisan ke peringkat tinggi dan sebaliknya ambil Sains. Saya baru sahaja habis belajar dan tengah mencari kerja bersesuaian dengan kelayakan saya. Pendekkan cerita, saya nak cari kerja yang kena dengan jiwa dan minat saya dalam lukisan kejuruteraan. Saya buntu dah belajar lama dalam bidang lain, tapi hati rupanya masih menaruh pada lukisan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruskan minat tu.. Dan cungkil.kemahiran2 lainbyg berkaitan...

      Padam
    2. Teruskan minat tu.. Dan cungkil.kemahiran2 lain yg berkaitan...

      Padam
  6. Assalamualaikum Puan Inarz...
    Saya berminat untuk belajar dalam bidang draughtman, apa2 saya email Puan

    BalasPadam
  7. assalamualaikum,pn inarz.sy bakal ditmuduga utk jwtan pelukis pelan (seni bina),apakah prsediaan yg prlu sy tahu untuk iv jwtan nie nnti selain skop krja?memandangkan sy tiada klulusan dlm lukisan senii bina,klulusan sy hnya psv je..hrap puan dpt mmbantu sy😊,trima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same.. sye pon tgh tgu tarikh temuduga plkis pelan nie.. mgkin sme la dgn awak.. exam 28 oktober baru nie kan

      Padam
    2. ye ,sama..hehe ..rsau jgk sy xde basic dlm bdg brkaitan ,ble trjmpa blog pn inarz nie jd brsmngat lak..😄semoga ade rzeki kta utk mnjwat jwatan nie jgk..aamiin😄

      Padam
    3. ye ,sama..hehe ..rsau jgk sy xde basic dlm bdg brkaitan ,ble trjmpa blog pn inarz nie jd brsmngat lak..😄semoga ade rzeki kta utk mnjwat jwatan nie jgk..aamiin😄

      Padam
    4. Wslm... Allahuakbar... Sy minta maaf.. Sy dah lama x buka blog sbb sibuk dgn kerja..apa2 pun sy harp awak dpt kerja tu.

      Padam
    5. Kalu ada apa2 perlu bantuan saya.. Emel je saya..

      Padam
  8. assalamualaikum,pn inarz.sy bakal ditmuduga utk jwtan pelukis pelan (seni bina),apakah prsediaan yg prlu sy tahu untuk iv jwtan nie nnti selain skop krja?memandangkan sy tiada klulusan dlm lukisan senii bina,klulusan sy hnya psv je..hrap puan dpt mmbantu sy😊,trima kasih

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. Takdir menemukan saya dengan blog ini �� Saya semakin semangat untuk mulakan kerjaya sebagai draftsman. Esok saya start kerja sbg draftsman. Ini pengalaman pertama saya. Walaupun ada basic study bidang ni tapi saya tetap rasa nervous. Wish me good luck. Inshaallah saya pun dapat bantu ibu bapa saya mulai skrang. Terima kasih perkongsiannya �� rezeki tidak perna salah alamat kan. Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah...Alhamdulillah... Good luck... Bekerja lah dgn penuh ikhlas dan keterujaan.

      Padam
  10. Terima kasoh lawat blog saya.

    BalasPadam
  11. nak keja pelukis pelan @puchong Selangor whatsapp:01157706255

    BalasPadam
  12. Asslam puan. Puan boleh kongsi cara berurusan dengan klien sebagai seorang pelukis pelan. Langkah2 atau proses berurusan sendiri dengan klien. Macam bila kita perlu minta klien dokumen2 penting macam carian rasmi/cukai taksiran semuanya sampailah ke submission majlis.

    BalasPadam
  13. 😅 terus saya email puan..sebab saya dapat temuduga plukis pelan bulan 3 ni....saya cuma kelulusan psv je...suami isi online spa tnpa pengetahuan sy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kita hrp2 ok la esk
      Jwb temuduga tu

      Padam