Satu perkongsian menarik sebagai pelukis pelan melalui pengalaman bekerja sambil belajar dalam bidang teknikal tanpa memiliki sijil kemahiran dari mana-mana institusi teknikal. Skil membuat pelan dari perisian autocad berkembang seiring dengan pengalaman bekerja.
Sabtu, 8 Februari 2020
PELAN RUMAH 2 DAN 3 BILIK - Simple plan
Alhamdulillah... Selesai 6 pelan cadangan rumah 3 bilik dan 2 bilik untuk member sepejabat.
Member ni kata dia nak Balik Kelantan selepas lebih 10 tahun bekerja di Negeri Sembilan akhirnya dia dapat peluanh bertukar ke Pasir Mas. Kampung dia pulak tu. Rezeki dia dapat balik kampung.
Jadi dia jumpalah saya nak minta tolong buatkan 2 pelan untuk 2 buah rumah 3 atau 2 bilik yg simple2 je katanya. Katanya 1 nak buat rumah sewa 1 lagi dia nak duduk bila dah balik sana nanti sementara tunggu rumah yang dia beli siap sepenuhnya. Jadi bila dia dah pindah rumah baru, rumah tu dia nak buat homestaylah... Boleh lah jana pendapatan nanti. Saya buat lah tak sampai 1 hari siap pelan2 rumah tu.. Curi2 masa waktu rehat...Kata simple... Mudahlah bg yang ada kemahiran ni. Yes.. ini kemahiran saya dan saya percaya ramai yang seangkatan saya dalam bidang ni boleh buat pelan ni dalam 1 hari atau setengah hari. Setuju kan.
Bagi saya kemahiran atau bakat yg Allah beri ni harus kita guna sepenuhnya untuk kerja kita dan bantu orang sebab tak semua org ada kemahiran macam yang kita ada. Kongsilah... Dah kelebihan kita kat sini.
Baiklah dalam apa bidang pun.. Punca rezeki kita sebab kemahiran ni dan seharusnyalah ada kerja yg kita buat dengan ikhlas dan senang hati tanpa apa2 bayaran pun.. Ini sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaNya kepada kita. Niatkan sedekah atau wakafkan ilmu yang kita ada ni untuk diri kita dan keluarga. Moga mendapat Rahmat dan keberkatanNya.
Atas dasar kawan dan biasanya saya awal2 dah niat membantu, sebab kalau daya niat macam tu.. Saya x kisah pun pasal bayaran... Hahaha... Jobo lak kan... Tau sebab aoa.. Rezeki saya dan awak Allah yang pegang.. Bukan kawan pun saya awal2 niatkan begitu supaya saya tidak mengharapkan apa2.. Jujur saya cakap.. Saya suka orang minta saya lukiskan apa je pelan... Lebih tepat saya teruja sangat nak designkan.... Sangat teruja x sabar nak lukis. Saya je ke macam ni atau ada org macam saya.. Mungkin ada kot yg sebidang lah... Jika ianya berpahala...saya niatkan untuk sedekahkan pahala ilmu dan kemahiran ini untuk diri saya suami dan anak2 juga untuk arwah ibu, abah dan arwah abang serta kepada muslimin dan muslimat.
Tapi...hahaha.. Dalam kes ni, kawan saya ni janji kalau saya datang Pasir Mas saya boleh duduk homestay ni nanti dengan FOC je. Ini namanya rezeki.. Belum buat ganjaran dah menunggu. Moga ada rezeki dia nak buat rumah2 ni kan. Walaupun saya tak tau bila kalanya saya akan sampai lagi kat Negeri Cik Siti Wan Kembang tu kan...
Apa2 pun saya doakan kawan saya ni akan dipermudahkan segala urusan pertukaran bersama isterinya nanti dan sentiasa ceria serta bahagia bersama isteri dan anak2 hingga ke Syurga. Aaminn...
Sekian, terima kasih.
Inarz.
#sayapelukispelan biasa2
8 Feb. 2020
12.15 tghr.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan