Halaman

Khamis, 22 April 2021

ASAS AUTOCAD : COMMAND LINE - Wujudkan Garisan Dalam Paparan AUTOCAD

 Link Youtube : Ierin Inarz Osman

Video Cara wujudkan Garisan Dalam Autocad atau Autocad LT.

Menggunakan Command L atau LINE

https://youtu.be/m4s7Rr852gA




https://youtu.be/m4s7Rr852gA





Selamat Mencuba.


Inarz

22.4.2021



Ahad, 21 Mac 2021

DEMO LUKIS PELAN GUNA AUTOCAD LT 2013

 Video Edit Plan menggunakan Perisian Autocad LT 2013

https://youtu.be/AemkQ1l6ASI




Video diambil dari Chanel Youtube saya : Ierin Inarz Osman







Ahad, 23 Februari 2020

SURAU COMEL, UNIK DAN CANTIK

Salam sejahtera..

Alhamdulillah... Surau baru bagi penduduk kg Tanjung Sena Hilir, Rembau akhirnya siap sepenuhnya pada November 2019. Surau sebelum ini adalah surau papan yg telah lama digunakan. Surau ini terletak bersebelahan dengan Restoran Ikan Bakar Sungai Rembau dan jaraknya tidak sampai 1.0 km dari pekan Rembau. Jika anda sempat melalui Jalan Seremban - Tampin anda akan nampak Kubah dan surau tersebut dari jauh yang terletak di sebelah kanan jalan selepas anda melepasi jambatan sungai Rembau.

Kerja-kerja Meroboh dan Bina Baru Surau Tanjung Sena Hilir, Rembau bermula pada 8 Ogos 2019 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2019.

Peruntukan bagi kos pembinaannya adalah dari Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Agensi Pelaksana : Bahagian Pembangunan Fizikal, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau.
Pelan dan Idea Asal mengikut kesesuaian ruang tapak : Inarz, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau
Pelan Ukur pengesahan tapak : Jurukur Iltizam.
Pelan Jurutera : AZ Perunding
Kontraktor : Majpura Enterprise.
Kerja : G2
Pemantauan Projek dan Pegawai Penguasa  : En. Amin Jamail, Pn. linda dan En Azlan.



Pelan Lantai Surau

Pandangan dari luar






Pandangan dari dalam di bahagian Mehrab

Pandangan dari luar bahagian Mehrab

Beranda bahagian hadapan surau

Bahagian Kanan Surau

Rangka Kubah

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Sebelum kubah dinaikkan kita bergambar dulu
Dari Ki4i Diana (Unit Kewangan), Inarz (empunya Blog), Juriffah (Konyraktor Majpura Enterprise) dan Pn Linda (Penyelia Projek)

Ruang solat lelaki dan wanita dipisahkan oleh penghadamg dari ukiran kayu

Sedang menyaksikan kren menaikkan kubah ditempatnya

Pelan Pandangan Kanan

Pandangan dari jalan arah ke Tampin

Lawatan Tapak Oleh Tuan Masri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama Encik Aiman wakil Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembulan, Tuan Mohamad Najib Pegawai Daerah Rembau, Pejabat Agama Islam Daerah Rembau Dan Pengerusi Surau.

Pandangan waktu malam

Dalam pembinaan


Bahagian Hadapan dalam pembinaan

Bahagian Kanan dalam pembinaan

Perbincangan di tapak



Sedang dalam pembinaan

Penyediaan tembok Tanda Nama Surau



Persiapan bagi pemasangab kubah

Pembekal sedang memasang kubah



'Granite wall' bagi penyediaan Tanda Nama Surau 

Kerja-kerja pendawaian elektrik sedang dijalankan


Lampu siling yang cantik sumbangan dari pihak kontraktor



Almari untuk simpan telekung, sejadah dan Al-Quran


Semasa pemasangan karpet


Bahagian luar mehrab


Bahagian kaki lima surau

Tempat wuduk muslimah


Penyerahan Kunci Surau daripada Pejabat Daerah Rembau kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal  Agama Islam Negeri Sembilan seterusnya diserahkan krpada Pengeusi Surau Tanjung sena Hilir, Rembau.

Sabtu, 8 Februari 2020

PELAN RUMAH 2 DAN 3 BILIK - Simple plan


Alhamdulillah... Selesai 6 pelan cadangan rumah 3 bilik dan 2 bilik untuk member sepejabat.

Member ni kata dia nak Balik Kelantan selepas lebih 10 tahun bekerja di Negeri Sembilan akhirnya dia dapat peluanh bertukar ke Pasir Mas. Kampung dia pulak tu. Rezeki dia dapat balik kampung.

Jadi dia jumpalah saya nak minta tolong buatkan 2 pelan untuk 2 buah rumah 3 atau 2 bilik yg simple2 je katanya. Katanya 1 nak buat rumah sewa 1 lagi dia nak duduk bila dah balik sana nanti sementara tunggu rumah yang dia beli siap sepenuhnya. Jadi bila dia dah pindah rumah baru, rumah tu dia nak buat homestaylah... Boleh lah jana pendapatan nanti.  Saya buat lah tak sampai 1 hari siap pelan2 rumah tu.. Curi2 masa waktu rehat...Kata simple... Mudahlah bg yang ada kemahiran ni. Yes.. ini kemahiran saya dan saya percaya ramai yang seangkatan saya dalam bidang ni boleh buat pelan ni dalam 1 hari atau setengah hari. Setuju kan.

Bagi saya kemahiran atau bakat yg Allah beri ni harus kita guna sepenuhnya untuk kerja kita dan bantu orang sebab tak semua org ada kemahiran macam yang kita ada. Kongsilah... Dah kelebihan kita kat sini.
Baiklah dalam apa bidang pun.. Punca rezeki kita sebab kemahiran ni dan seharusnyalah ada kerja yg kita buat dengan ikhlas dan senang hati tanpa apa2 bayaran pun.. Ini sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaNya kepada kita. Niatkan sedekah atau wakafkan ilmu yang kita ada ni untuk diri kita dan keluarga. Moga mendapat Rahmat dan keberkatanNya.

Atas dasar kawan dan biasanya saya awal2 dah niat membantu, sebab kalau daya niat macam tu.. Saya x kisah pun pasal bayaran... Hahaha... Jobo lak kan... Tau sebab aoa.. Rezeki saya dan awak Allah yang pegang.. Bukan kawan pun saya awal2 niatkan begitu supaya saya tidak mengharapkan apa2.. Jujur saya cakap.. Saya suka orang minta saya lukiskan apa je pelan... Lebih tepat saya teruja sangat nak designkan.... Sangat teruja x sabar nak lukis. Saya je ke macam ni atau ada org macam saya.. Mungkin ada kot yg sebidang lah... Jika ianya berpahala...saya niatkan untuk sedekahkan pahala ilmu dan kemahiran ini untuk diri saya suami dan anak2 juga untuk arwah ibu, abah dan arwah abang serta kepada muslimin dan muslimat.

Tapi...hahaha.. Dalam kes ni, kawan saya ni janji kalau saya datang Pasir Mas saya boleh duduk homestay ni nanti dengan FOC je. Ini namanya rezeki.. Belum buat ganjaran dah menunggu. Moga ada rezeki dia nak buat rumah2 ni kan. Walaupun saya tak tau bila kalanya saya akan sampai lagi kat Negeri Cik Siti Wan Kembang tu kan...

Apa2 pun saya doakan kawan saya ni akan dipermudahkan segala urusan pertukaran bersama isterinya nanti dan sentiasa ceria serta bahagia bersama isteri dan anak2 hingga ke Syurga. Aaminn...


Sekian, terima kasih.


Inarz.
#sayapelukispelan biasa2
8 Feb. 2020
12.15 tghr.

Khamis, 8 Ogos 2019

JETI PEJALAN KAKI & PELANTAR KAYU


ISOMETRIK PELANTAR KAYU




ISOMETRIK JETI KONKRIT


PELAN & PANDANGAN JETI









Logo dilukis Semula Guna Autocad


Logo JATA Kerajaan Persekutuan ni saya lukis semula pada tahun 1997. Saya ambil masa 2 hari nak siapkan  Masa tu x canggih mcm sekarang. Internet pun belum meluas lg. Syarikat pula br 1st time dpt projek kerajaan masa tu kan kena lah masukkan logo Jata ni dlm pelan. Masa tu sy memang ditugaskan untuk melukis semula semua logo2 Jabatan lain dan PBT. Sampai skang sy masoh guna logo yg dilukis semula sbb bila print keluar dia nampak cantik dari yg kita cnp dr web.